Soalan Lazim

1Berapa lamakah masa diambil untuk penghantaran?

Produk kami mempunyai masa pemprosesan yang berbeza bergantung kepada lokasi penghantaran. Pesanan domestik selalunya mengambil masa sekitar 4-6 hari bekerja selepas produk tersebut di pos dari pihak kami. Pesanan luar negara akan mengambil masa 4-6 minggu dan boleh mengambil masa sehingga 7 minggu. Sila ambil maklum bahawa masa penghantaran tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu.

2Berapa kerapkah Bemiss Pink Clay Mask boleh digunakan?

Pink Clay mampu menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah serta membekalkan nutrien. Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, gunakan produk ini 2-3 kali seminggu. Sekiranya anda mempunya kulit yang kering atau sensitif, gunakan sehingga 2 kali seminggu. Biarkan selama 10 minit sehingga masker kering dan lap muka dengan tuala lembap sehingga mask dibuang sepenuhnya.

3Adakah saya masih boleh menggunakan produk ini sekiranya kulit saya mudah diiritasi?

Produk kami sesuai bagi kebanyakan jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat. Kami sentiasa menyarankan anda untuk mencuba produk ini pada satu bahagian kecil kulit anda terlebih dahulu untuk melihat sekiranya terdapat kesan iritasi. Jika ada, sila berhenti daripada menggunakan produk ini.

4Di manakah patut saya masukkan kod diskaun saya?

Semasa menyemak keluar, akan terdapat satu bahagian untuk memasukkan kod diskaun/promosi. Anda akan mendapat mesej pengesahan sekiranya kod diskaun berjaya diterima.

5Bagaimana saya boleh tahu sekiranya sesebuah produk telah kehabisan stok?

Anda akan diberitahu melalui mesej ralat apabila anda mahu membuat pesanan. Produk kami selalunya di stok semula dalam masa sebulan. Kami juga akan menghantar e-mel kepada anda apabila produk tersebut telah di stok semula.

6Di manakah saya boleh dapatkan kod promosi/diskaun?

Semua promosi dan diskaun akan diletakkan di halaman Facebook kami yang boleh diakses di sini. Pastikan anda mengikuti halaman Facebook kami untuk menerima semua maklumat terkini.

7Apakah cara pembayaran yang diterima?

Untuk pelanggan dalam negara, kami menerima pindahan wang melalui bank, kad debit, kad kredit dan Maybank QR scan. Untuk pelanggan luar negara, hanya Paypal yang diterima. Untuk kes-kes istimewa, kami juga menerima bayaran waktu terima (COD) sekiranya pengedar kami berada di kawasan anda. Anda boleh menyemak sekiranya kawasan anda termasuk dalam kawasan pengedar kami di sini.

8Saya masih belum menerima pesanan saya. Apa yang patut saya lakukan?

Diingatkan bahawa pesanan dalam negara akan mengambil masa 4-6 hari bekerja selepas di pos dari pihak kami. Bagi pesanan luar negara, proses penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 3-5 minggu. Jika anda masih belum menerima pesanan anda dalam masa yang dinyatakan, sila hubungi kami di sini.

9Adakah anda mempunyai polisi pemulangan?
Ya, kami mempunya polisi pemulangan. Anda boleh membaca polisi tersebut di sini.

10Adakah saya boleh mendapat pemulangan wang sekiranya saya tidak menyukai produk ini?

Semua proses pemulangan dan penggantian produk hanya akan diterima sekiranya produk tersebut dipulangkan semula ke kilang kami dalam masa 14 hari selepas penghantaran. Produk mestilah belum digunakan dan tidak menunjukkan sebarang tanda penggunaan atau kerosakan. Bungkusan produk juga mestilah tidak rosak. Jika perkara yang dinyatakan berlaku, anda tidak akan menerima sebarang pemulangan wang atau penggantian produk.

11Saya telah menerima produk yang salah. Apa yang patut saya lakukan?

Sila semak sekiranya anda telah memesan produk yang betul. Jika ya, sila hubungi kami di sini. Dan kami akan mengganti produk untuk anda dengan syarat produk yang diterima tidak digunakan dan tidak rosak.

12Produk diterima dalam keadaan rosak. Apa yang patut saya lakukan?

Kami selalunya tidak akan mengganti produk yang sudah digunakan ataupun rosak. Walau bagaimanapun, sekiranya produk anda rosak sejak awal lagi, anda mungkin layak menerima produk gantian. Sila hubungi kami di sini untuk bantuan dari pihak kami.

13Mengapakah saya tidak dapat meletakkan pesanan dalam talian untuk produk anda?

Sila gunakan pelayar yang lain sekiranya pelayar yang sedang digunakan tidak berfungsi. Jika masalah masih berterusan, sila bersihkan cache pelayar. Jika masih tidak berjaya, sila hubungi kami di sini untuk siasatan selanjutnya.

14Bagaimana cara untuk menyemak status penghantaran produk saya?

Anda tidak perlu untuk menyemak status penghantaran kerana setelah produk di pos, anda akan menerimanya dalam masa 1-2 hari. Jika terdapat kelewatan, sila hubungi kami di sini dan kami akan membantu anda.

15Bagaimana cara untuk menyemak status pengeposan?

Setelah produk anda di pos, kebiasaannya sehari selepas pesanan dibuat, nombor penjejakan penghantaran akan di e-mel kepada anda. Nombor ini boleh digunakan untuk mendapatkan status terkini pengeposan anda.

16Adakah maklumat peribadi saya selamat di laman sesawang anda?

Semua maklumat anda selamat dan dijaga rapi sebagai maklumat sulit. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari polisi privasi kami di sini.

17Bagaimana jika soalan saya tidak ada di sini?

Anda boleh menghubungi kami dengan soalan anda sekiranya ianya tidak terdapat di bahagian Soalan Lazim kami. Sila nyatakan soalan anda secara spesifik dan mudah difahami. Kami akan menjawab soalan anda secepat mungkin!